Racun Dan Cekik Majikan Sehingga Mati, Lalu Mayatnya Dihumban Ke Sungai


INDONESIA: Dua individu di Ngawi, Indonesia telah bertindak kejam dengan meracun seorang wanita yang merupakan majikan mereka pada Jumaat lalu

Mangsa yang dikenali sebagai Sulasi,53 tahun adalah seorang janda kaya di kawasan tersebut. Dia telah di racun sebanyak dua kali sebelum mangsa di cekik sampai mati akibat racun yang diberi tidak mendatang kan kesan kepada mangsa.

Kemudian, mayat mangsa dihumban ke dalam Sungai Balawong di wilayah Magetan.

Suspek Bima Ramadhani,21 dan Niharulimah,28 pada awalnya mereka hanya merancang menculik mangsa namun, mereka akhirnya bersepakat membunuh mangsa dengan cara memberi racun didalam makanan mangsa.

Bima bekerja sebagai pemandu peribadi mangsa. Pada percubaan nya pertama dia menghidang kan mangsa bakso yang sudah pun dicampur bersama racun tikus kepada mangsa namun ianya tidak memberikan kesan kepada mangsa.

Pada hari keduanya, suspek sekali lagi menghidang kan bubur yang sudah dicampur racun jenis tirex didalam makanan itu namun,masih tidak mendatang kan sebarang tindak balas kepada mangsa.

Akibat berang usahanya untuk membunuh mangsa tidak berjaya, Bima bersama seorang lagi suspek nekad datang ke rumah mangsa dan mencekik mangsa sehingga mati.

Suspek yang ketakutan membuang mayat majikan nya itu ke dalam sungai namun tidak lama selepas itu orang ramai menemui mayat mangsa.

Kini kedua-dua suspek ditahan pihak polis. Pranatal Hutajulu,Ketua Polis Ngawi berkata, siasatan awal mendapati motif utama pembunuhan ini adalah kerana hutang dan dendam.

Laporan menyatakan mangsa(majikan) mempunyai hutang dan sering melewatkan gaji pekerjanya.

"Kedua-dua suspek juga sering di maki hamun oleh mangsa akibat sering melakukan kesilapan,"katanya.

Pihak polis telah menjalankan proses lakonan semula terhadap  kes pembunuhan ini dan telah mengesahkan hanya dua orang suspek sahaja yang terlibat. Editor: Ila