Rakaman Cctv Gadis Cuba Di Culik Lelaki Tidak Di Kenali


Rasanya seperti tidak selamat dan kami amat risau!! Mungkin itu yang di rasai oleh seorang ibu apabila mendapati anak gadisnya di ganggu oleh seseorang yang tidak di kenali. Ini yang terjadi apabila sebuah rakaman CCTV yang tersebar  menunjukkan seseorang sedang mengikuti pergerakan  seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari arah belakang dan cuba memegangnya ketika dia berjalan menuju ke sekolah.

Disebabkan kejadian itu, ibu bapa dinasihati supaya mengawal pergerakan anak-anak anda. Pihak polis juga telah di arahkan untuk memburu suspek yang dikehendaki.

Sehari sebelum kejadian ini ,telah berlaku satu lagi kejadian yang hampir sama di kawasan berhampiran. Ia nya dapat dilihat melalui rakaman CCTV persendirian oleh bapa kepada tiga orang anak ini.

Bapa berkenaan telah menyerahkan rakaman tersebut kepada Detektif Polis Manchester United dan juga Manchester Evening News untuk memberi peringatan kepada orang lain.



Seorang pelajar perempuan membawa beg plastik dalam perjalanan ke sekolah



Lelaki yang menutup kepala yang dipercayai mengikuti pelajar perempuan berumur 11 tahun (Gambar:MEN Media)



Lelaki yang mengikuti anak gadis dari belakang (Gambar:Manchester Evening News)

Selepas kejadian di Acre Top pada 10 Januari lalu, pihak sekolah di kawasan utara Manchester telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa.

Dalam video tersebut, gadis itu menyedari lelaki itu mengikutinya apabila dia berjalan semakin pantas,namun lelaki itu masih juga mengejar dan memegangnya.

Dalam rakaman video tersebut suspek dilihat sedang memakai jaket biru dan seluar hitam.



Suspek kini di dalam buruan pihak polis (Gambar:Manchester Evening News)



Lelaki itu mempercepatkan lagi langkahnya untuk mengejar gadis itu (Gambar:Manchester Evening News)

Lelaki itu cuba menyembunyikan wajahnya dengan menggunakan jaketnya.

Gadis itu dilihat berlari sepanjang jalan dan  masih memegang beg plastik. Polis mengesahkan gadis itu telah berjaya melarikan dirinya.

Kejadian itu sudah pun dilaporkan dan gadis itu memberi penjelasan yang baik tentang lelaki itu.

Kejadian yang hampir serupa dilaporkan telah terjadi pada hari sebelum kejadian di Sainsbury Jalan Middleton di kawasan bulatan Heaton Park melalui surat dari Sekolah Rendah Crab Lane, di Higher Blackley.



Lelaki itu mendekati gadis yang berada di tepi jalan.(Gambar: Manchester Evening News)



Sistem CCTV persendirian milik penduduk telah berjaya merakam kejadian (Gambar: Manchester Evening News)

Rakaman ini turut dirakam oleh sistem CCTV milik John Southern, 36, yang tinggal di Jalan Munn.

Dia berkata, "Ia berlaku di luar jangkaan saya dan saya mempunyai tiga orang anak. Ini adalah isu yang cukup serius bagi saya.

“Saya telah melaporkan kejadian itu kepada pegawai polis dan telah menyerahkan rakaman tersebut".


Dia menambah: "Anak sulung saya telah meninggalkan sekolah selama lapan minit selepas kejadian ini berlaku dan ibunya menerima e-mail dari sekolah supaya saya memeriksa CCTV. Saya hanya mahu semua orang sedar dan peka dengan perkara ini. "

Polis mengesahkan siasatan dijalankan selepas seorang murid sekolah "diganggu" oleh orang asing semasa dia dalam perjalanan ke sekolah.



Polis mengatakan gadis itu berjaya memlarikan diri dan menaikkan penggera (Gambar: Manchester Evening News)

Jurucakap pasukan polis berkata, dia berjaya membebaskan diri dan melarikan diri untuk menarik penggera dan dia tidak mengalami sebarang  kecederaan.

Ia berlaku sekitar jam 8.30 pagi pada hari Rabu, 10 Januari.

Jurucakap Sekolah Rendah Crab Lane Pat Adams berkata dalam surat yang dihantar ke rumah: "Perkara itu dilaporkan kepada polis dengan serta-merta dan kanak-kanak itu dapat memberikan penjelasan yang baik. 

"Pihak polis telah memaklumkan kepada kita bahawa kejadian serupa berlaku berhampiran Sainsbury di kawasan bulatan Heaton Park, hari sebelum itu.



Gadis itu berjalan ke sekolah selepas diganggu(Gambar: Manchester Evening News)



Suspek di gambarkan seorang lelaki berkulit putih, berambut perang dan berjaket biru berusia 30-an  (Gambar:Manchester Evening News)

"Polis mengesyaki bahawa kedua kejadian itu ada kaitan memandangkan jarak yang pendek antara satu sama lain dan fakta bahawa kedua-dua anak perempuan memberikan gambaran yang sama tentang lelaki itu.

"Oleh itu, sila ambil langkah berjaga-jaga untuk mengingatkan anak-anak anda tentang

'bahaya orang asing' dan pentingnya bersikap berhati-hati ketika berjalan tanpa orang dewasa." Editor:Farhana