Remaja 14 Tahun Maut Selepas Melakukan Seks Dengan Teman Lelaki


BALI – Seorang pelajar wanita yang berusia 14 tahun telah  menemui ajalnya selepas melakukan hubungan intim bersama kekasihnya yang berusia 25 tahun pada ahad 21 Januari.

Menurut sumber, pasangan kekasih itu mula berkenalan di laman media sosial sejak disember 2017 tahun lalu.

Mereka dipercayai telah mengadakan pertemuan beberapa kali sebelum menjalinkan hubungan cinta yang serius.

Pada malam kejadian, mereka telah berjumpa di daerah Air Terjun Singsing Angin pada jam 13.30 kemudian mangsa telah dibawa ke rumah teman lelakinya.

Menurut hasil siasatan awal pihak polis Polres Tabanan AKP I Putu Oka Suyasa, mangsa sempat pergi ke bilik mandi untuk mencuci bahagian intimnya yang mengalami pendarahan.

Sebaik sahaja keluar dari bilik mandi, mangsa terus rebah dan tidak sedarkan diri.

Teman lelaki mangsa telah membawanya ke hospital namun sebaik sahaja tiba di hospital doktor mengesahkan dia telah meninggal dunia.

Mangsa dianggarkan telah meninggal dunia 30 minit selepas melakukan hubungan intim.

Ahli keluarga telah dimaklumkan mengenai kejadian dan mangsa terpaksa dipindahkan kehospital besar RSUP Sanglah untuk di bedah siasat.

Teman lelaki mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut. Sumber:Eberita , Editor:Farhana