Selasa, 30 Januari 2018

Remaja Jual Dara Demi Mendapatkan Wang Kerana Kesempitan Hidup Keluarga


BRAZIL – Seorang remaja perempuan mendakwa telah menggadaikan kesucian wanitanya demi untuk mendapatkan duit kerana terdesak dengan kehidupan keluarga yang miskin.

Rosalie Pinho, 19, dari Minas Gerais berkata dia menerima tawaran itu bermula dari € 300,000 (kira-kira £ 264,000) dari 'tuan-tuan' yang ingin bermalam bersama dia.

Remaja yang merupakan seorang pelajar itu berkata keluarganya menghadapi kesempitan hidup dan terpaksa berusaha kuat untuk mendapatkan makanan seperti kata pepatah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Dia berkata harapannya adalah untuk mendapatkan wang yang banyak untuk berpindah ke bandar yang lebih besar dan membeli rumah untuk ibunya serta membayar yuran kolej.

Rosalie yang enggan mendedahkan identiti diri sepenuhnya dan tiada sebarang talian untuk dihubungi berkata kepada MailOnline dia juga merancang untuk menubuhkan perniagaannya sendiri dengan wang tunai dan berharap akan membantu kehidupannya tanpa perlu ada masalah kewangan.



Rosalie Pinho, memberitahu MailOnline mengatakan bahawa dia melelong kesucian wanitanya dan merahsiakannya kerana bimbang akan menyusahkan keluarganya dengan apa yang difikirkan dan dikatakan oleh orang sekeliling kepadanya.



Rosalie telah menubuhkan sebuah ‘website’ untuk mempromosikan lelongan keperawanannya dan dia mendakwa menerima tawaran itu sehingga € 500,000 (£ 440,000).

Dia berkata tidak pernah menetapkan waktu untuk melakukan hubungan tersebut dan maksimum untuk membuat hubungan dengan lelaki lain adalah terhad kepada beberapa ciuman.

“Pada mulanya, idea untuk tidur dengan lelaki asing adalah sesuatu yang menakutkan, tetapi saya telah terbiasa dan saya lebih suka kehilangan dara saya dengan cara ini berbanding dengan seseorang yang saya cinta.” katanya

Menjual seks tidak secara teknikal menyalahi undang-undang di negara asal Rosalie, namun adalah haram untuk mengambil pekerja seks dan mengendalikan rumah pelacuran di bawah undang-undang Brazil.

Rosalie memutuskan untuk membuat laman webnya sendiri dan memulakan lelongan dalam talian selepas melihat gadis lain, seperti Catarina Migliorini, yang telah melakukan perkara yang sama.



Pelajar tersebut mengatakan keluarganya menghadapi kesulitan kewangan yang besar, bahkan telah kehabisan makanan serta terdesak dan dengan cara ini dia boleh mendapatkan wang.



Rosalie juga telah menulis senarai peraturan bagi mana-mana individu yang berpotensi, termasuk juga mereka yang bebas STI dan dia juga mempunyai had masa sehingga 12 jam.

Beliau berkata, tawaran itu telah dibuat secara dalam talian selama tiga minggu dan akan berakhir pada minggu pertama bulan Mei.

“Saya ingin memperolehi jumlah wang sebanyak € 850,000 (£ 747,610), dan ia akan menjadi perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya!” kata remaja itu

Remaja itu mengatakan keluarga dan rakannya tidak mengetahui usaha perniagaannya dan berkata "Ini adalah rahsia, saya bimbang dengan apa yang orang akan kata dan fikirkan serta mencerminkan keluarga saya dengan apa yang saya lakukan ini."



Rosalie mendapat inspirasi untuk membuat ‘website’ nya sendiri dan mula membuat lelongan tawaran melaui atas talian apabila gadis lain, seperti Catarina Migliorini, yang juga melakukan hal yang sama.

Beliau berkata, pendapat orang lain tidak membantunya dalam mencari wang selain hanya dengan lelongan tawaran itu.

“Kita hidup dalam zaman kebebasan seksual, ia adalah tubuh badan saya, itu peraturan saya.” katanya

Ketika calon-calonnya datang, Rosalie hanya menerima individu yang tidak mempunyai penyakit kelamin dan tidak peduli tentang umur, etnik, rupa, agama, cita rasa atau apa pun.

“Dan tentu saja saya berharap bahawa dia baik hati pada saya di saat pertemuan kami."

Beliau menambah, melelong kesucian wanitanya adalah dianggap pelacuran dan pelacuran tidak salah di sisi undang-undang Brazil, jadi dia berasa tidak salah dengan apa yang dilakukan. Editor:Farhana