Isnin, 29 Januari 2018

Remaja Maut Terbabas, Rempuh Penghadang Pejalan Kaki


TAWAU- Satu kemalangan jalan raya yang mengakibat kan seorang penunggang motosikal maut dipercayai terbabas dan telah merempuh penghadang pejalan kaki.

 Kejadian di laporkan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi semalam berhampiran jejantas Balung, Tawau.


ACP Fadil Marsus,Ketua Polis Daerah Tawau,berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 21 tahun ini, menunggang motosikal jenis Lagenda hilang kawalan lalu terbabas sebelum mangsa melanggar besi penghadang laluan pejalan kaki dan telah tercampak lebih kurang 31 meter daripada lokasi kejadian.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Bandar Tawau menghala ke arah rumah mangsa di Kampung Inderasabah, Tawau. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Motosikal yang dipandu mangsa hanya mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Editor: Ila