Rintihan Hati Ibu Yang Kehilangan Anak Akibat Sakit Talesmia


GUA MUSANG: Sungguh meruntun jiwa seorang ibu apabila anak yang dikandung, dilahirkan dan di berikan kasih sayang telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Siti Rahani, 46 mempunyai 3 orang anak yang mempunyai penyakit Talasemia dan dua orang telah pergi bertemu pencipta manakala seorang lagi sedang berjuang melawan penyakit.

Siti Rahani dan suaminya, Ibrahim Daud, 46 tahun dianugerahkan lima anak dengan tiga daripadanya adalah penghidap talasemia iaitu penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti.

Penyakit ini berpunca daripada oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin.

Keluarga ini menghadapi tahun yang muram pada tahun 2013 kerana penyakit Talasemia itu telah merampas anak ketiga mereka yang bernama Muhammad Sazuan, 17 tahun dan diikuti dengan Muhammad Asyraf, 24 tahun pada Oktober lepas.

Umi Suraya, 19 sedang berjuang melawan penyakit itu sehingga perlu menggadaikan masa depannya kerana terpaksa menolak tawaran belajar di sebuah kolej.

"Dia selalu penat dan muka pucat jadi bila dapat tawaran ke kolej, terpaksa ditolak sebab fikir kesihatan dia.” kata Siti Rahani

Ketika ditemui di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh Siti Rahani berkata anaknya itu kurang darah merah dan setiap tiga bulan sekali memang kena tambah darah.

Siti Rohani berkata, walaupun pahit dengan dugaan itu namun keluarganya tetap reda atas ketentuanNya.

Dua orang lagi anak mereka bebas dari penyakit ini dan salah seorang sudah bekerja dan seorang lagi masih belajar di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai.

Siti Rahani kini hanya mampu berharap agar talasemia tidak akan mejadi perampas seorang lagi anak kesayangannya. Sumber:Mymetro , Editor:Farhana

'Talasemia rampas separuh daripada keluarga kami' - Ibu

Pesakit talasemia