19 Jan 2018

Roadblock Di Tengah Highway Wajar Atau Tidak?


Wajar atau tidak sekatan jalan raya dilakukan di tengah-tengah lebuh raya? Persoalannya di sini adalah tidak wajar.

Namun siapa sangka kejadian ini telah berlaku pagi tadi iaitu pada 19.01.2018.

Difahamkan pihak berkuasa telah melakukan satu sekatan jalan raya di tengah-tengah lebuh raya di mana tempat ini sangatlah tidak sesuai jika di bandingkan dengan jalan biasa kerana boleh dikatakan pemanduan di lebuh raya adalah sangat laju.

Kejadian ini telah berlaku semalam di Johor di mana anggota polis telah melakukan sekatan di mana mereka bertindak melakukan sekatan terbabit selepas Tol Sedenak.

Kejadian terbabit difahamkan telah berlaku sekitar jam 1.24 pagi.

Namun apa yang menarik perhatian adalah, sebuah kemalangan berlaku di kawasan terbabit membabitkan sebuah kereta dan dipercayai pemilik kereta terbabit meninggal dunia.

Berdasarkan satu status yang di muat naik oleh Amir Ashraf, dia memaklumkan bahawa mangsa tersebut adalah rakan baiknya sendiri.

"Jangan sebab kau ada pistol kat pinggang kau boleh buat sesuka hati, S.O.P. mana? Kalau dah ikut S.O.P. pikir pula logiknya."

Melalui statusnya itu, dia mempersoalkan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa di mana dia menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak peka dengan keadaan lebuh raya terbabit di mana sudah pasti terdapat banyak kenderaan seperti bas dan lori yang berkelajuan tinggi yang sudah pasti akan mengambil masa untuk brek.

Akibat daripada perkara sebeginilah, kemalangan terbabit boleh terjadi kerana kebanyakan pemandu mungkin tidak nampak bahawa sekatan jalan raya sedang dijalankan.

"Menjawablah korang kat sana nanti. Malam ni member baek aku pergi. Nak berapa ramai lagi pergi baru nak fikir?'" soal Amir menerusi statusnya itu.

Sudah pasti perkara sebegini sukar diterimanya kerana rakan baiknya sendiri meninggal dalam keadaan sedemikian.

Menurut sumber juga, pihak polis dikatakan telah cabut lari sebaik sahaja berlaku.

Diharapkan, pihak berwajib dapat menjawab mengenai isu yang telah viral ini. Editor: Amira

Advertiser