Rogol Kekasih Dengan Lima Rakan


Kota Bharu - Seorang remaja didapati bersalah apabila merogol kekasihnya secara bergilir-gilir dengan lima rakannya.

Mahmakah Sesyen Kota Bharu mendakwa remaja itu merogol mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan, kali pertama pada jam 2 pagi hingga 4 pagi, dalam Jun 2017. Kali kedua, ketika mangsa berusia 15 tahun 11 bulan pada jam 2 dan 3 pagi, pada Ogos 2017.

Sementara rakanya, Mohamad Hakimie Muhamad, 21, dan Muhammad Husien Abu Bakar, 20, didakwa merogol mangsa antara jam 3 pagi sehingga 4 pagi pada Ogos 2017.

Dakwaan terhadap mereka dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin, manakala dakwaan terhadap remaja dua remaja berusia 16 tahun dan seorang remaja berusia 15 tahun dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, esok.

Kejadian merogol itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Kulim, Pasir Puteh.

Kesemua rakan tertuduh menafikan dakwaan tersebut dan berhasrat melantik peguam untuk bicarakan kes berkenaan.

Mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh belum diwakili peguam.

Hajarul memohon tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan perubatan dan tidak mencadangkan sebarang jaminan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 Februari depan.
Sumber:Eberita , Editor:Farhana