Rabu, 31 Januari 2018

Satu Dunia Kena Tipu!!! 'Selfie' Kena Langgar Kereta Api Sebenarnya Palsu


INDIA – Pada minggu lalu media sosial di gemparkan dengan satu video swafoto atau selfie seorang pelajar yang bernama R. Shiva Kumar 25 tahun di Hyderabad, dikatakan dilanggar kereta api.

Kejadian itu juga mendapat liputan meluas pelbagai media yang melaporkan dia mengalami kecederaan di kepala dan tangan namun selamat.

Berita itu tular dengan begitu cepat dan pada masa yang sama menunjukkan menunjukkan peningkatan kemalangan yang membabitkan kecuaian diri sendiri.

Insiden itu belum pun reda, namun pelajar terbabit sekali lagi berjaya mencuri perhatian netizen apabila dia dikatakan sebenarnya tidak dilanggar kereta api tersebut.

Berita ABN Telugu melaporkan, rakaman video itu telah dipalsukan Shiva dan rakan-rakannya apabila saluran berita itu menyiarkan rakaman video terbaharu Shiva bersama rakan-rakannya sedang tertawa dan bergurau.

Nellutla Kavitha, Wartawan yang bertugas di saluran berita berkenaan memuat naik rakaman video berkenaan menerusi twitter dengan kapsyen pelajar itu didakwa telah melarikan diri sejak videonya ‘berselfie’ dilanggar kereta api menjadi tular.

Saluran berita itu turut mendakwa Shiva telah ditahan atas perbuatannya. Editor:Farhana