16 Jan 2018

Satu Malaysia Kena Kencing!


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kes penculikan seorang pelajar lelaki. Ternyata dakwaan pelajar itu di culik sekumpulan lelaki menaiki van putih hanyalah rekaan semata-mata selepas remaja itu mengaku telah mengalami tekanan perasaan kerana tidak dibenarkan bermain.

Komisioner Hamzah Alias,Ketua Polis Daerah Ampang Jaya menjelaskan bahawa pelajar yang diiringi oleh bapanya telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang ,untuk menarik kenyataan yang mereka sebelum ini.

Pelajar itu juga telah mengaku bahawa telah menipu kerana dia mengalami tekanan  perasaan kerana dipaksa menumpukan sepenuh pelajaran oleh keluarganya.

"Walaupun tindakan pelajar lelaki itu telah mencetuskan rasa bimbang kepada orang ramai di sekitar Ampang namun pihak polis tidak akan mengambil tindakan kerana memikirkan tekanan yang bakal dihadapi oleh remaja itu," katanya.

Pelajar terbabit telah mendakwa bahawa dia diculik pada hari Jumaat lalu, ketika dia menunggu bas di Taman Pandan Indah.

Pelajar itu juga dikatakan cuba diculik oleh tiga orang lelaki yang menaiki van putih selepas berjaya melarikan dirinya.  Editor: Ila



Advertiser