Saya Cuma Nak Kahwin 1 Tahun Bukan Cari Duda Atau Laki Orang.


Baru-baru ini heboh di laman sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Amiza Baharuddin telah memuat naik satu status yang mana ia telah menarik minat ramai pengguna dan status berkenaan menjadi viral.

Status itu di muat naik oleh Siti di mana dia mahu mencari seorang lelaki untuk dijadikan suami tetapi ada syarat yang ditetapkan di sebalik statusnya itu.

Siti dipercayai mahu mencari suami untuk dirinya tetapi lelaki tersebut haruslah bersetuju untuk menikahinya hanya dalam tempoh setahun sahaja.

Dalam pada masa yang sama, dia juga turut memberitahu ciri-ciri lelaki tersebut iaitu lelaki tersebut haruslah berkulit gelap dan mempunyai badan yang sederhana dengan memiliki ketinggian 170 cm.

Selain itu, dia juga turut meninginkan lelaki yang sentiasa menjaga kebersihan meskipun tidak kacak, tidak mempunyai kuku yang hitam serta haruslah sentiasa licin dan tidak berbau.

Sehingga kini, status yang di muat naik oleh Siti telah menarik perhatian ramai pengguna laman sosial dan ada dalam kalangan mereka yang turut bergurau dengan menawarkan diri untuk menjadi pendamping hidup Siti.

Di samping itu, Siti juga turut meminta supaya statusnya itu dihebahkan buat mereka yang bujang sahaja kerana dia tidak mahu mengahwini lelaki yang sudah berkahwin ataupun duda.

Selain mendapat komen yang nakal, status Siti juga tidak terkecuali daripada kecaman di mana kebanyakan pengguna mengkritik tindakan Siti yang dianggap keterlaluan dan tidak mahu menjaga maruah wanita Melayu. 

Semoga Siti dapat bertemu dengan lelaki yang dicarinya ini secepat yang mungkin. Editor: Amira