Khamis, 11 Januari 2018

Saya Ditumbuk, Disepak Dan Terajang Kerana Senyum Pada Jiran.


Setiap orang pasti menginginkan kehidupan yang bahagia tanpa perlu bersusah-susah menghadapi masalah.

Perkahwinan adalah salah satu untuk mendapatkan kebahagiaan apabila setiap pasangan yang bercinta dapat disatukan menjadi suami dan isteri.

Namun, bagi sesetengah pasangan, kebahagiaan tersebut hanyalah seketika apabila istana yang dibina hancur lebur gara-gara masalah yang berlaku.

Berikut adalah luahan hati dari seorang isteri yang mana kebahagiaan yang dikecapinya mulai musnah akibat daripada masalah yang dihadapi.

Wanita yang identitinya dirahsiakan mengadu untuk mendapatkan nasihat dan juga cara untuk dia mengatasi masalah yang dihadapinya itu.


Dalam pada masa yang sama, dia memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sesiapa malah saudara maranya juga tiada.

Dia dipertemukan dengan suaminya ketika mana dia hanya bekerja menjual kuih bersama seorang peniaga di pasar malam.

Difahamkan, peniaga kuih terbabitlah yang menjaganya namun hubungan mereka terputus di tengah jalan apabila wanita terbabit berumah tangga.

Perkahwinan yang dibina dengan pasangan yang dicintainya itu telah dibina hampir dua tahun dan dia sangatlah berterima kasih kepada suaminya itu kerana dia sanggup menerima wanita terbabit tanpa memandang hina.

Namun, kebahagiaan yang dikecapinya itu musnah apabila selama dua tahun dia berkahwin, dia mendakwa selama itulah di di dera, dipukul, dan ditendang oleh sang suami.

Wanita terbabit menyatakan bahawa suaminya itu mempunyai sikap yang panas baran menyebabkan dia menjadi mangsa kepada kerakusan suaminya itu dan dia juga tidak dibenarkan untuk keluar ke rumah sesuka hati.

Jika perintah itu dilanggar, tubuh badannyalah yang akan menjadi mangsa serta objek untuk disepak dan dipukul.

Tambahnya lagi, dia perlu berada di rumah sahaja dan jika suaminya ternampak dia tersenyum dengan jiran sebelah-menyebelah, maka sepak terajanglah yang akan menjadi hadiahnya.

Walaubagaimanapun, semua itu dihadapinya dengan tenang kerana perasaan sayang yang masih menebal di dalam dirinya buat suaminya yang tercinta.

Semoga wanita terbabit dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu dan berharap agar perkahwinan yang dibina itu tidak akan musnah sama sekali. Sumber: Helang Merah, Editor: Amira