Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..


Isu pedofilia bukan lagu perkara yang asing di negara ini dan hangat diperkatan kerana dalam era dunia tanpa sempadan, isu pedofilia dan pornografi membabitkan kanak-kanak sangat mudah diakses.

Lebih mengejutkan lagi apabila bilangan jenayah yang membabitkan rakyat negara ini semakin meningkat dan tidak di ambil tindakan.

Keadaan ini pastinya akan menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa kerana tidak mahu anak-anak kesayangan mereka menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab.

Pemilik akaun facebook Auni Ameera dan Nurul Luna Asyikin adalah individu yang membongkarkan isu pedofilia.

Orang ramai yang membaca perkongsian ini diminta untuk sebarkan supaya tidak ada yang terlepas pandang mengenai isu pedofilia.

Perkongsian ini dipetik daripada facebook Nurul Luna Asyikin yang menceritakan bagaimana dia dijemput untuk menyertai ‘group Whatsapp’ dibawah nama ‘CP Love’ dengan gambar budak perempuan sebagai gambar profil.

Isi kandungan dalam ‘group’ itu sangat menyedihkan kerana terdapat gambar dan video anak-anak disalahgunakan dengan kejam.

Ahli-ahli 'group' yang dipercayai dari Iran dan Sepanyol memuat naik gambar kanak- kanak perempuan yang diajar mengangkang, di ajar menghisap kemaluan lelaki dan macam-macam lagi serta kelihatan beraksi seperti sudah biasa diperlakukan begitu.

Gambar kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 8 hingga 9 tahun yang entah dari mana dan mungkin terdapat gambar kanak-kanak yang mungkin ahli keluarga kita dikongsi dalam 'group' itu dan dibincang dengan penuh berahi.

Terdapat video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan sedang dimandikan dan dicabul oleh seorang lelaki dengan cara yang sangat menjijikkan.

Selain itu, video dari negara jiran menunjukkan dua kanak-kanak lelaki diajar untuk membuat hubungan bersama perempuan dewasa.

Ramai ahli dalam 'group' itu termasuk lelaki Malaysia bersorak gembira dan meminta video yang lebih banyak.

Lebih menyayat hati lagi bila terdapat gambar kolaj seorang bayi yang dipegang oleh tangan yang bersarung getah sehingga bayi itu keluar najis hijau dan mulutnya disumbat oleh kemaluan lelaki pedofilia.

Banyak lagi kandungan 'group' itu yang menjijikkan dan membuatkan hati kita luluh sekiranya melihat perkara tersebut.

Asyikin berkata dia masih memerhati dalam 'group' itu dan mahu mengumpul maklumat untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Auni berkata sudah mendapat semua maklumat individu tempatan yang terlibat dan mereka akan membuat laporan kepada pihak berkuasa. Editor:Farhana