Saya Yang Tengok Pun Rasa Malu, Nabila Persoal Pelakon Baru Dapat Watak Penting Dalam Drama TV.


Sememangnya artis terkenal yang bernama Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan manjanya Abil ini jarang sekali menimbulkan sebarang kontroversi didalam industri seni tahan air.

Beberapa jam lalu, Abil telah mempersoal kan tentang pelakon-pelakon yang baru mencipta nama di dunia perfileman ini sudah pun diberikan tanggung jawab berat untuk membawa watak peting didalam sesebuah drama yang diterbitkan.

Melalui akaun Twitternya, Abil telah meminta pandangan orang ramai patut kan seseorang pelakon pembantu yang baru sahaja mahu mencipta nama diberikan tugasan yang berat untuk melakonkan watak utama sesebuah slot penting.

Baginya, mereka yang baru sahaja mahu menapak di industri ini perlu diberikan masa untuk berlatih berlakon dalam watak pembantu dahulu untuk mendapatkan pengalaman yang secukupnya serta dapat menimba ilmu daripada pelakon-pelakon lama.

Tambahannya lagi, dia juga turut melalui perkara yang sama untuk menempa nama didalam industri ini dahulu walaupun dia seorang anak artis terkenal tanah air. Beliau juga mengakui bahawa mengambil masa beberapa tahun untuk sampai ke tahap sekarang.

Sesetengah artis dahulu terpaksa menunggu giliran untuk menerima sesuatu watak utama di dalam sesebuah cerita.

Tetapi kini semuanya sudah berubah kerana wujudnya media sosial dan telefon pintar.
Beliau juga turut mempersoal kan pemilihan watak utama kini lebih menitik beratkan kepada rupa paras seseorang pelakon dan seberapa popularnya artis tersebut.

Kebanyakan artis yang berkualiti sudah berusia dan jarang mahu berlakon lagi.

Menurutnya lagi, dia hanya mahu berkongsi pendapat dan untuk mengajak pengikutnya membincang kan isu ini,bukan niat untuk memperlekeh kan artis-artis baru.

Ada betulnya juga apa yang di persoalkan oleh Nabila ini. Kita sebagai penonton terutama nya akan mempersoal kan dari mana datang "pendatang" baru ni ataupun 'sejak bila dia(artis) ini mencipta nama walhal mereka hanya diberikan tugas kecil didalam sesuatu lakonan.

Bukan mahu memburukkan atau memperlekeh kan pelakon baru, tetapi jika dikaji semula kebanyakan artis baru hanya bersandar kan paras rupa sahaja.

Namun, tidak di nafikan ada juga artis baru yang seiring dengan rupa dan bakat mereka. Sumber: Media Hiburan via dvnews. Editor: Ila