Sebulan Menghilang, Tiba-Tiba Jenazah Anaknya Pulang Dalam Keadaan Menyayat Hati



Filipina - Seorang wanita  Liezl Hukdong yang berasal dari Filipina mulai bekerja di negara Kuwait pada Disember 2016 dengan harapan untuk memperbaiki kehidupan keluarganya.

Keluarga Liezl bercerita bahawa mereka selalu berhubung secara atas talian namun pada bulan November 2017 yang lalu, Liezl secara tiba-tiba mematikan akaun facebooknya dan keluarganya kehilangan khabar berita mengenainya.

Keluarganya  cuba menghubungi rakan-rakannya yang turut bekerja di Kuwait namun mereka berkata “Liezl baik-baik sahaja.”

Pada suatu hari keluarga mangsa mendapat panggilan telefon yang sangat mengejutkan, Liezl dikabarkan telah meninggal dunia karena bunuh diri pada 17 Deember 2017.

Tetapi ketika keluarga bertanya pada agen Liezl, Greatworld International Management Inc (Zaidamen Enterprises Inc) dan Pentadbiran Kesejahteraan Pekerja Luar Negeri mereka terkejut karena Liezl masih aktif.

Sungguh memilukan apabila keluarga melihat jasad anak mereka terdapat kesan jahitan panjang yang tidak kemas dari dagu hingga ke perut.

Banyak kesan luka dan calar di bahagian tubuhnya dan disyaki telah diseksa oleh majikannya.

Liezl juga kehilangan semua organ tubuhnya termasuk otak serta matanya kecuali hati dan ususnya

Saudaranya Gracel Ann Hukdong melalui akun facebook berkongsi cerita ini dan berharap sokongan dari semua orang untuk keadilan keluarganya.

Kes penyeksaan tenaga kerja wanita sering kali berulang dan Indonesia tidak terkecuali.

Diharapkan semoga ada keadilan dan perlindungan bagi mereka yang menjadi penyumbang kepada negara. Sumber:Intisiari Online , Editor:Farhana