Jumaat, 12 Januari 2018

Seluar Dalam Kalis Rogol Telah Di Cipta Di India


Seorang remaja warga India telah mencipta seluar dalam kalis rogol yang dilengkapi dengan kunci amaran GPS sekiranya berlaku kecemasan GPS ini dapat merekod segala maklumat kepada polis. Ianya juga dilengkap dengan kamera untuk merakamkan muka penyerang yang cuba merogol mangsa.

Menurut laporan The Daily Mail menyatakan, Seenu Kumari yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin di Farrukhabad, Uttar Pradesh telah membelanjakan kurang RM270 untuk membuat seluar dalam yang dilengkapi oleh butang kecemasan dan kunci..

Dia berharap ianya mendapat pasaran yang meluas kerana turut memiliki kelebihan kalis peluru dan tidak boleh dipotong dengan pisau.

"Saya letak kan kunci pintar yang hanya boleh dibuka jika seseorang itu tahu kata laluannya, selain peranti elektronik yang dilengkapi GPS serta boleh dihubungi seperti telefon.

"Jadi, jika perogol itu cuba merogol seseorang wanita, peranti itu akan menghantar mesej kepada ahli keluarganya dan juga pihak polis.

"Justeru,pihak polis akan tiba di lokasi dengan bantuan GPS yang dipasang dan tiada lah cubaan untuk merogol itu,"katanya.

Seluar dalam itu tidak semestinya dipakai sepanjang hari, kecuali ketika jalan berseorangan ketika berada di lokasi yang dianggap tidak begitu selamat.

Jika diserang oleh perogol, wanita yang memakai seluar dalam ini boleh menekan butang pada peranti yang akan menghubungi nombor kecemasan yang telah pun ditetapkan.

Menurut media Britain itu, prototaip seluar dalam tersebut telahpun dihantar ke Yayasan Innovasi Nasional di Allahabad untuk dipatenkan prototaipnya sebelum dipasarkan di serata dunia. Editor: Ila