Seorang Remaja Maut Akibat Kerusi Terbang Dari Tingkat Atas PPR


KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang berusia 15 tahun maut dipercayai telah tertimpa sebuah kerusi yang di campak dari tingkat atas di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai Dalam.

Kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam tadi. Mangsa yang dikenali dengan nama  S Sathiwaran yang juga pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya sedang berjalan bersama dengan ibunya S Kasthurivai, 45, untuk balik ke rumah di tingkat 16 blok terbabit.

Maklumat mendapati dua beranak itu pergi ke kedai runcit yang terletak di bawah PPR itu selesai sahaja mereka keluar dari kedai runcit itu dan menghampiri ruang tertutup berhampiran tangga, tiba-tiba sahaja sebuah kerusi pejabat yang berwarna biru dijatuhkan dari arah atas bangunan lalu terkena kepala mangsa.
Oleh sebab, hentakan kerusi itu mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
walau bagaimanapun, ibu mangsa terselamat di dalam kejadian itu.
Asisten Komisioner Ruslan Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfieldskes telah disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat atau akibat kecuaian.
Pihak polis masih belum dapat mengenal pasti suspek yang sengaja membaling kerusi tersebut. Kes masih didalam siasatan polis. Editor: Ila