Isnin, 8 Januari 2018

Seorang Wanita Tempatan Ditahan Di Jabatan Imigresen Selangor Kerana Tunjuk Kuat


SHAH ALAM: Seorang wanita tempatan berusia 50-an antara yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor kerana mengganggu tugas penjawat awam dalam operasi menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Seksyen 25, petang hari ini.

Pengarah Imigresen Selangor Omran Omar berkata, wanita itu ditahan atas kesalahan enggan bekerjasama dengan pihaknya yang menjalankan pemeriksaan di kedainya.

"Ketika cuba meminta supaya mengemukakan pasport pekerjanya, dia mengarahkan kami merujuk kepada Jabatan Imigresen. "Malah, pembantu rumahnya itu juga disuruh bekerja di gerai makanan berkenaan yang sekali gus menjadi satu kesalahan Imigresen," katanya.

Menurut beliau, dalam serbuan bermula 2 petang itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 40 premis dan seramai 123 warga asing.

"Pemeriksaan lanjut membawa penahanan 69 PATI berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun. Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Filipina," katanya 

"Kes di siasatan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa," katanya. Sumber: Mymetro - Editor: Amylea Nazrul