Isnin, 15 Januari 2018

STAFOC Tembak Mati Dua Penjenayah


ALOR GAJAH - Dua penjenayah dipercayai sedang menyasarkan mangsa dan lokasi dalam cubaan menyamun telah ditembak mati di Jalan Gangsa, Batu Berendam menghala ke Angkasa Nuri.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, sebelum ini suspek telah mempunyai lapan rekod jenayah .

iaitu empat kes di Shah Alam, Selangor dan masing-masing dua kes di Kuala Lumpur dan Johor.

"Polis masih menyiasat latar belakang kedua-dua suspek dan mengesyaki sebelum kejadian berbalas tembakan tadi, mereka sedang menyasarkan mangsa dan lokasi untuk melakukan samun.

"Mereka menggunakan modus operandi menunggu mangsa keluar dari mana-mana bank sebelum menyamun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengahari di mana suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an yang mana seorang warga tempatan dan seorang lagi warga asing yang menaiki kereta Mercedez Benz kelihatan berada dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan Taman Seri Bayan.

Seorang daripada mereka dipercayai melepaskan tembakan kearah polis menyebab anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri semasa memberhentikan kereta yang dipandu jenayah terbabit.

"Kedua-dua suspek mati di dalam kenderaan berkenaan dan polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta itu.

"Mayat mereka dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat seterusnya mengesan keluarga masing-masing. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," kata A Asmadi Sumber:Berita Harian , Editor:Farhana