Suami Ditangkap Dengan Lelaki Gay Di Dalam Bilik Hotel



Betapa hancurnya hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan orang ketiga.

Lebih memilukan lagi apabila kebahagian rumah tangga yang di bina selama dua tahun  itu diregut oleh seorang lelaki (Gay).

Wanita yang dikenali sebagai May, 30 tidak dapat menahan sembilu hatinya dan terus menangis di ruang tunggu pengadilan agama pada januari lalu.

“Kalau perempuan saya masih boleh terima,ini lelaki“ kata May yang menggugat cerai.

May berkata dia baru mengetahui suaminya itu memiliki perilaku menyimpang selepas di tangkap khalwat dengan lelaki dua hari lalu disebuah hotel.

Sejak daripada itu dia mulai menyelidik akaun facebook suaminya yang selama ini tidak pernah dia ambil peduli kerana terlalu sibuk bekerja.

Senarai rakan akaun facebook milik suaminya hampir kesemuanya lelaki dan ianya menambahkan lagi kecurigaan May apabila melihat pesanan ringkas melalui facebook suaminya bersama lelaki lain yang sangat menjijikkan.

Selepas mendapatkan bukti-bukti kukuh May mengadukan hal tersebut kepada mertuanya dan memutuskan untuk bercerai.

“Ibu dan bapanya sangat terkejut,sampai mereka semput mendengar pengakuan anaknya,saya sebenarnya kasihan melihat mereka,tapi nak buat macam mana”kata May.

Bagaimana pun dalam sidang semalam,pihak Hakim cuba memujuk May untuk berunding bagi menyelamatkan bahtera rumah tangganya,namun May enggan memberi kerja sama.

Editor:Farhana