Suspek Pecah Rumah Di Tahan


GONG BADAK: Satu kejadian pecah rumah dipercayai berlaku di sebuah rumah di kawasan Perumahan Gong Badak, Jalan ILP Padang Nenas.

Kejadian pecah rumah terbabit telah berlaku sekitar jam 3.30 petang semalam.

Suspek, seorang lelaki dipercayai adalah seorang penagih dadah apabila sejenis jarum dijumpai bersama suspek.

Mangsa yang dikatakan berada dalam rumah pada ketika itu menjerit memohon bantuan sebaik sahaja suspek masuk ke rumahnya.

Penduduk kampung yang mendengar jeritan mangsa terus bertindak dan suspek akhirnya berjaya ditangkap.

Identiti suspek sehingga kini masih lagi tidak diketahui .

Suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.