Tempat Paling Unik Dan Pelik Di Dunia


Pelbagai keindahan yang menakjubkan dapat diterokai oleh kita di dunia ini seperti pantai, gunung, hutan dan bermacam-macam lagi.

Keindahan sebegini pasti akan membuatkan kita merasa tenang dan juga melopong kerana mungkin kita tidak akan percaya bahawa tempat-tempat sebegini akan wujud di dunia ini.

Berikut merupakan 10 tempat yang unik dan dianggap menarik yang wujud di dunia.


1. Pulau Socotra Di Yaman
Pulau Socotra yang terletak di Yaman ini menjadi tarikan utama kerana dianggap sebagai pulau yang unik kerana terdapat banyak tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemui hidup di kawasan berkenaan.

Pulau ini juga dipercayai menjadi salah satu destinasi yang unik buat penggemar tumbuh-tumbuhan.


2. Danakil Di Ethiopia

Danakil telah dikenali sebagai tempat yang tidak sesuai buat hidupan di dunia ini.

Ini kerana, kawasan ini dianggap berbahaya di mana di kawasan sekitarnya mempunyai kandungan asid sulfurik yang tinggi.


3. Deadvlei Di Namibia

Anda boleh sahaja melihat pemandangan di sekitar Deadvlei di mana kawasan ini nampak menakutkan jika anda mengunjunginya secara berseorangan.

Rata-rata menganggapnya sebagai tanah mati kerana kawasan tersebut sangatlah sunyi.
 

4. Struktur Richat Di Mauritania

Jika dilihat sekali pandang pasti ramai akan menganggap bahawa ini adalah pemandangan di Marikh.

Namun, tanggapan itu salah apabila Richat ini wujud di bumi.

Richat dipercayai adalah sebuah kubah daripada 25 batu yang terhasil melalui hakisan.


5. Gua Waitomo Glowworm Di New Zealand

Gua ini dianggap menarik kerana anda akan melihat warna biru cerah yang akan menyerupai seperti cacing. Warna biru cerah yang menyerupai bintang ini berasal dari cacing.

Anda pasti dapat melihat beribu-ribu cacing yang bercahaya tergantung di siling-siling gua tersebut. 


6. Pantai Merah Di China

Pemandangan ini sangatlah memukau sebaik sahaja mata memandangnya.

Kawasan ini merupakan tanah lembab yang berwarna merah apabila ia memasuki musim gugur.

Warna merah ini dikatakan berasal daripada sejenis rumpai laut Sueda yang tumbuh subur di kawasan terbabit.
 

7. Pintu ke Neraka Di Turkmenistan

Ini merupakan salah satu tempat yang unik dan menarik yang wujud di dunia.

tempat ini dikenali sebagai pintu neraka.

Pintu ke neraka ini telah berlaku selepas peninggalan bekas penggerudian yang dilakukan pada tahun 1971. 

Penggerudian daripada Soviet itu dikatakan telah runtuh dan menyebabkan lubang itu terus terbakar sehingga ke hari ini.
 

8. Wadi Rum Desert Di Jordan

Warna merah terang padang pasir Wadi Rum ini merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi dan ianya sering sahaja digunakan digunakan di dalam filem yang mana rata-rata menganggap padang pasir ini sebagai planet Marikh.


9. Antelope Canyon Di Arizona

Arizona Antelope Canyon merupakan puncak pasir surreal yang telah dibentuk oleh banjir yang kuat dan juga angin bermusim selama berjuta-juta tahun dahulu.

Kawasan ini kelihatan sangat cantik untuk dikunjungi.
 

10. Chocolate Hills Di Filipina
Buat peminat coklat, anda bolehlah berkunjung ke kawasan ini.

Namun ini bukanlah coklat yang sering kita makan.

Ini kerana kawasan ini merupakan kawasan gunung di mana gunung-gunung terbabit kelihatan seperti coklat.

Perkara ini dikatakan selalu terjadi pada musim kering apabila bukit terbabit akan bertukar warna kepada warna coklat. Sumber: Suara Tv, Editor: Amira