Jumaat, 12 Januari 2018

Terbongkarnya Kegiatan Penipuan Timbang Peraih Barangan Lusuh.


KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan
( KPDNKK) Terengganu telah berjaya membongkar kegiatan penipuan timbangan yang di jalankan oleh peraih barangan lusuh.

Saharuddin Mohd Kia pengarahnya,berkata kegiatan penipuan yang telah dijalankan oleh peniaga etnik Rohiangya itu mula menjadi viral di laman sosial sejak Rabu lalu.

Perniaga berkenaan juga telah bertindak licik dengan mengubah suai alat penimbang dalam urus niaga mereka.

Menurutnya, dua lagi serbuan berasingan telah dilakukan di Kampung Jeram,Manir pada jam 11.30 pagi Khamis bersama syarikat Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd.

"KPDNKK Terengganu memohon kerjasama daripada semua pihak agak berhati-hati dalam menggunakan perkhidamatan ini jika hendak menjual barang-barangan besi buruk dan sebagainya.Sila berhati-hati dalam hal ini.

"Dan sekiranya kita perhatikan ada sebarang keraguan atau kemusykilan semasa kita berurusan dengan mereka ,sila maklumkan kepada KPDNKK Terengganu.

"Kita minta supaya perkara ini tidak akan berlarutan serta tidak akan terjadi lagi kerana mereka ini secara mobile(bergerak) dan ini satu perkara yang agak sukar untuk kita,"jelasnya.

Semasa pemeriksaan dijalankan,mereka menemui satu alat timbang yang sudah pun diubah suai penaiga warga Rohingya yang meniaga secara bergerak.

Pemeriksaan lanjut telah dibuat di sebuah lagi premis mendapati, seorang peniaga menggunakan alat timbang yang tidak ditentukan sah itu.

Beliau menjelaskan ,kedua-dua alat timbang itu telah disita oleh pihak berkuasa. Pihaknya akan membuat laporan polis terhadap dua peniaga itu. Editor:Ila