Tertembus Besi Hingga Ke Jantungnya Tetapi Masih Selamat


BRAZIL - Marivaldo Jose da Silva, seorang budak lelaki berusia 11 tahun, sedang bermain di sebuah tangga di halaman rumahnya di Toritama, Brazil pada 18 Januari Lalu.

Tanpa disedari, tiba-tiba Marivaldo hilang imbangan badan lalu jatuh ke atas batang besi yang digunakan untuk memanggang ayam atau daging.

Salah satu batang besi itu menusuk di tubuh Marivaldo, tepat di bawah bahunya dan menebus dada kanak-kanak itu.

Keluarga Marivaldo segera membawa budak itu ke hospital. Setelah keadaannya stabil, dia kemudian dibawa ke hospital lain yang mempunyai kelengkapan lebih lengkap dan terletak 170 kilometer dari bandar itu.

Apabila tiba di hospital, doktor mendapati bahawa batang besi tersebut menembusi jantung Marivaldo.

Dr Andrea Rolim, yang terlibat dalam pembedahan selama satu setengah jam untuk mengeluarkan besi tersebut.

“Besi itu menusuk di dalam otot dan bergerak bersamaan dengan degupan jantung, Marivaldo  bertuah kerana masih hidup".

“Jika keluarganya mencabut besi itu sebelum tiba di rumah sakit, akan berlaku pendarahan, kanak-kanak ini pasti meninggal dunia.” tambah doktor.

Doktor Andrea menambah, pada mulanya mereka membuka bahagian dada Marivaldo untuk melihat kerosakan yang disebabkan oleh batang besi itu.

“Pembedahan itu begitu rumit sehingga kami terpaksa menarik batang besi dengan berhati-hati dan membersihkan luka pada setiap langkah dan menjahit bahagian kosong,” jelas Andrea.

kenyataan Andrea lagi, Marivaldo adalah seorang budak yang berani dan tidak panik.

“Dia dan keluarganya tidak panik, dan ketenangan mereka sangat membantu doktor.

“Saya belum pernah menemui kes seperti ini sebelumnya. Batangan besi menusuk jantung dan keadaan budak itu amat kritikal. Ajaib, budak itu masih hidup,” ujar Dr. Andrea.

Marivaldo kini boleh pulang ke rumah tetapi masih perlu mendapatkan rawatan susulan ke hospital untuk menjalani beberapa ujian perubatan. Sumber: SuaraTv - Editor: Amylea Nazrul