Tidak Ada Belah Kasihan: Tergamak Bunuh, Potong, Rebus Mayat Bekas Isteri Sendiri



MEXICO - Seorang bekas suami yang dipercayai membunuh bekas isterinya sejak seminggu yang lalu, kini telah menemui anggota tubuh badan dipotong-potong dan di isi dalam periuk di dapur  rumah bekas suaminya Taxco, Guerrero.

Selain dalam periuk di atas dapur, bahagian lagi mayat Magdalena Aguilar Romero, 28, beranak dua itu ditemui dalam beg plastik yang disimpan dalam peti sejuk di rumah bekas suaminya, Cesar Lopez Arciniega.

Jurucakap polis negeri Roberto Alvarez berkata  "Kami mengesyaki anggota tubuh wanita itu direbus dahulu sebelum diasingkan".

Menurut laporan Fox News, kaki dan tangan wanita itu ditemui dalam periuk di atas dapur manakala bahagian pinggulnya yang sudah siap direbus, berada dalam beg plastik dekat dapur.

Magdalena kali terakhir dilihat pada 13 Januari lalu, ketika meninggalkan rumahnya di Taxco untuk mengambil anak-anaknya di rumah bekas suaminya.

Polis kini memburu Arciniega yang dipercayai melarikan selepas mengetahui dia disyaki sebagai suspek utama. Polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu. Sumber: Mymetro – Editor: Amylea Nazrul