Khamis, 11 Januari 2018

Tiga Lelaki Larikan Wang kutipan RM25,000 milik Pejabat Pos


IPOH: Tiga lelaki melarikan hampir RM25.000 wang kutipan yang di simpan didalam sebuah peti besi di Pejabat Pos Tanjung Rambutan.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 3 pagi di rakam kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat pos tersebut , dalam rakaman tersebut kelihatan kelibat tiga orang lelaki menutup muka dan memakai topi masuk ke dalam bangunan tersebut,

Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, penyelia jabatan terbabit hanya menyedari kejadian tersebut sekitar jam 7.10 pagi.

Hasil siasatan pihak polis di lokasi mendapati tiga orang lelaki tersebut berjaya masuk melalui bahagian belakang parkir motosikal yang telah dipotong dan pagar hijau beserta zink yang dijadikan dinding telah digunting oleh mereka.

“Kita mengesyaki, suspek keluar masuk melalui lubang di kawasan atap dan pagar yang telah dipotong. Kotak penggera dicabut bagi mengelak kehadiran mereka disedari. Mereka juga bertindak menebuk peti besi dan melarikan wang tunai dianggarkan bernilai RM25,000.


“Semakan forensik telah menemui dua kesan cap jari dan kita akan dapatkan keputusan dalam masa terdekat ini,” katanya. –Sumber Harian Metro