Isnin, 8 Januari 2018

Tikam Bakal Abang Ipar Gara-Gara Halang Perkahwinan


SLIM RIVER: Setikar jam 3.36 pagi satu kes bunuh dipercayai telah berlaku.  Dua orang lelaki yang dipercayai bergaduh dan menikam sesama sendiri di hadapan sebuah rumah beralamat No 31 Taman Slim Permai, 35800 Slim River Perak.

Dikatakan perbalahan yang terjadi berpunca daripada masalah keluarga kerana perkahwinannya di halang oleh keluarga.

Suspek dikatakan mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala akibat daripada hentakan diatas jalan raya semasa bergelut sesama sendiri.

Mangsa hanya mengalami kecederaan di perut kerana ditikam dengan senjata tajam (pisau).

Kesemua  mereka dibawa ke Hospital Slim River menggunakan ambulan APAM bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Walaubagaimanapun, mangsa terbabit dikatakan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital akibat dari pendarahan yang banyak di perut.

Saksi kejadian iaitu Nor Saidah Binti Said, 33 tahun telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk keterangan yang selanjutnya.

Mangsa yang meninggal dunia bernama Rosli Zulkarnain Bin Kamaruddin manakala suspek pula bernama Zulkafli Bin Abdullah.

Hasil daripada siasatan yang dijalankan , pihak polis telah merampas 2 unit telefon bimbit yang akan menjadi bukti utama dalam kes ini.

Polis juga turut menangkap Ina Idawaty Binti Kamarudin 35, dan Iskandar Zulkarnain Bin Kamaruddin 38 tahun. Kedua - dua mereka dipercayai mempuanyai 2 rekod lampau  iaitu di bawah akta ADB 15(1)(a) dan Sek 354 KK


Maklumat bagi kes bunuh ini belum dapat diklasifikasikan ianya akan segara disiasat oleh Asp Wan Roszaman Bin Wan Harun.