Timbalan Pengarah JPJ Kedah Selamat



SLIM RIVER: Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dan pemandu kenderaan (SUV) Toyota Fortuner jabatan itu mengalami kecederaan selepas kenderaan yang mereka naiki dipercayai terbabas di Kilometer 366.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Slim River, 4 petang semalam.

Mangsa, Jamaludin Sharif, 59 mengalami kecederaan di bahagian lutut dan kaki kanan manakala pemandunya Mohd Sayuti Abdullah, 33, turut mengalami kecederaan di bahu kanan.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, kemalangan terbabit dipercayai berlaku ketika kedua- dua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Putrajaya untuk menuju ke Kedah.

Namun, setibanya di tempat kejadian pemandu kenderaan itu dikatakan hilang kawalan akibat terlanggar takungan air sehingga menyebabkan kereta yang dinaiki terbabas ke kiri lebuh raya.

Mangsa kemudiannya dikeluarkan daripada kenderaan terbabit dengan bantuan daripada pihak berkuasa.

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut.

Hasil daripada siasatan mendapati kemalangan itu berlaku berikutan pemandu hilang kawalan.

Dalam pada masa yang sama keadaan jalan tersebut juga dipercayai basah akibat hujan lebat ketika kejadian tersebut berlaku.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Sumber:Mymetro, Editor: Amira