Isnin, 8 Januari 2018

Tragedi Lubuk Air Terjun


HULU SELANGOR - Empat orang sahabat pergi mandi di Air Terjun Lata Sungai Kedondong di Jalan Batang Kali-Genting Highlands untuk bergembira namun bertukar tragedi apabila salah seorang dari mereka mati lemas.

Mereka datang dari Subang dan tiba di lokasi air terjun pada jam 2 petang untuk berkelah pada hujung minggu.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Akmal Jamal, 26, dipercayai tergelincir ke lubuk berkenaan dan hilang dari pandangan kira-kira jam 3 petang sebelum rakan-rakannya membuat panggilan kecemasan.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.38 petang.

"Mayat mangsa dijumpai di dasar lubuk air terjun pada kedalaman tiga meter pada jam 6.10 petang dan diserahkan kepada pihak polis," kata Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
Sumber: Berita Harian , Editor:Farhana