Tujuh Gambar Kemalangan Maut Di Lebuh Raya Butterworth-Kulim


SEBERANG JAYA: Seorang lelaki yang merupakan pekerja kepada Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) didapati maut selepas dirempuh lori dalam satu kemalangan di Lebuhraya Butterworth-Kulim arah Seberang Jaya, hari ini.

Mangsa Mohd Arif Ghazali, berusia 27 tahun dikatakan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 12 tengahari akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan juga badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, siasatan awal mendapati mangsa memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk membuat penyelenggaraan tanpa meletakkan sebarang bendera mahupun tanda amaran.

Akibat daripada tindakan mangsa, seorang pemandu kereta yang berada di belakang kenderaanya terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut untuk mengelak merempuh mangsa yang dikatakan sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Walaubagaimanapun, sebuah lori yang dipandu seorang lelaki juga turut berada di laluan yang sama.

Namun begitu, pemandu lori terbabit dikatakan tidak sempat untuk mengelak kereta yang berada di hadapannya.

Lori terbabit juga dikatakan terbabas lalu merempuh kereta yang berada di depannya sebelum terbabas dan merempuh mangsa yang dikatakan pada ketika itu berada di sebelah kanan jalan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Pihak berkuasa turut memberitahu bahawa kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebarang tindakan akan segera diambil selepas siasatan dijalankan. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira