Tukang Urut Wanita Mengaku Bukan Islam Elak Ditahan.

Advertisemen


SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengadakan serbuan di sebuah premis urut di Senawang pada malam tadi.

Dua orang wanita tukang urut warga asing beragama Islam sanggup mengaku bukan Islam kerana tidak mahu ditangkap.

Ketua Unit Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata ketika serbuan dijalankan kira-kira jam 10.30 malam, dua wanita berkenaan sedang melayang pelanggan.

"Pemeriksaan dilakukan susulan maklumat awam yang premis terbabit disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

"Ketika serbuan, tukang urut wanita warga Indonesia berkenaan sedang memberikan perkhidmatan mereka kepada tiga pelanggan di mana dua daripadanya adalah warga Pakistan," katanya.

Ketika keterangan awal diambil, dua wanita berkenaan mengaku beragama Kristian, namun siasatan lanjut pada dokumen pengenalan dirinya mendapati mereka adalah beragama Islam.

Mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2004, sebelum ini, mereka pernah ditahan atas kesalahan yang sama kerana berkhalwat namun disebabkan tindakan mereka mengaku bukan Islam, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 48.

"Mereka bersama tiga pelanggan berusia 30-an ditahan dan dibawa ke pejabat penguatkuasa untuk tindakan lanjut." katanya.

Umat Islam diingatkan supaya tidak melakukan perkara yang tidak bermoral kerana ia merosakkan imej Islam. Editor:Farhana

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments