"Utusan Maut" Bunuh 10 Orang Termasuk Ibu Sendiri.



BELGIUM: Seorang pembantu paderi di sebuah gereja Katolik telah dituduh membunuh sekurang-kurangnya sepuluh orang termasuk ibunya sendiri dengan menyuntik sejenis cecair ke dalam badan mereka di satu kawasan di Belgium.

Suspek yang dikenali sebagai Ivo Poppe, merupakan bekas jururawat yang dikenali sebagai ‘Utusan Maut’ dikatakan telah menjadi salah seorang daripada pembunuh misteri dalam sejarah Belgium.

Dia dibicarakan di sebuah bandar di Bruges di mana dia akan dibicarakan dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah.

Poppe, 61, dipercayai telah ditangkap pada tahun 2014 selepas pihak berkuasa memberitahu suspek dikatakan mengaku kepada pihak psikiatri bahawa dia telah membunuh banyak orang sebelum ini dan melakukkan kegiatannya itu secara aktif.   



Semasa siasatan dijalankan, dia dipercayai telah membuat dua pengakuan kepada pihak berkuasa namun dia telah menarik balik pengakuan tersebut dan menyebabkan pihak polis menafikan dakwaan ke atasnya. 

Poppe telah menghabiskan masa selama 20 tahun dengan bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik di Menin, berhampiran dengan sempadan Perancis, dan menukar kerjanya sebagai penjaga sebelum menjadi pembantu paderi.

Bagaimanapun, sebaik sahaja dia ditangkap dia telah didakwa melakukan pembunuhan dengan membunuh sepuluh orang pegawai atasan termasuklah ibunya, tiga saudara maranya serta dua orang pesakit semasa di bekerja sebagai jururawat. 

Tetapi, pihak berkuasa telah menjalankan siasatan lanjut di mana mereka menemui bukti melalui buku catatannya di mana Poppe telah menulis bahawa di telah membunuh sekurang-kurangnya 50 orang termasuklah pesakit di klinik.

Kebanyakan mangsa yang mati adalah kerana mereka telah disuntik dengan sejenis cecair untuk dimasukkan ke dalam tubuh badan mereka.

Semasa siasatan dijalankan, dia dikatakan telah bertindak untuk meminta belas kasihan bagi melepaskan diri kerana difahamkan dia bertindak sedemikian kerana mengalami masalah mental dan juga penderaan fizikal.
 


Mangsa terakhir yang yang menjadi mangsa pembunuhan kejam Poppe adalah ibunya sendiri. 

Ibunya dikatakan telah meninggal semasa dia berusia 89 tahun dan kejadian itu dipercayai berlaku pada tahun 2011 di mana Poppe dikatakan sedang mengalami tekanan. 

Menurut media Belgium, doktor bagaimanapun telah menafikan dakwaan bahawa ibunya itu cuba untuk membantu Poppe yang dikatakan mengalami tekanan. 

Kes ini akan dibicarakan semula selepas pihak polis berjaya mengumpulkan maklumat daripada saksi, saudara suspek dan juga orang-orang sekeliling yang terlibat dengan Poppe. 

Kardinal Jozef De Kesel, yang merupakan seorang tokoh Gereja yang paling kanan di Belgium berkata bahawa dia amat terkejut dengan berita ini dan berjanji bahawa dia akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membersihkan nama Gereja Katolik terbabit. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira 

Image result for Ivo Poppe

Related image

Related image

Related image