Video 2 Wanita Pukul Lelaki Yang Meraba Mereka.


NEW ZEALEND - Rakaman video menunjukkan seorang wanita telah menyerang seorang lelaki selepas lelaki terbabit merabanya ketika di festival Rhythm & Vines di Gisbone, New Zealend.

Dalam kejadian itu, wanita yang dikenali sebagai Madeline Anello-Kitzmiller, 20, dilihat mewarna bahagian dadanya dan memakai skirt pendek dikatakan berjalan-jalan bersama rakannya, Kiri-Ann Hatfield, kemudian seorang lelaki datang dari arah belakang dan terus meraba payudaranya.

Ekoran itu, kedua-dua wanita berkenaan pergi ke arah lelaki tersebut dan terus menyerang lelaki yang bertindak meraba salah seorang daripada mereka.

Difahamkan, rakaman video tersebut dirakamkan oleh seorang wanita, Giann Reece yang menunjukkan mereka telah berpusing dan mengikuti lelaki itu sebelum bertindak menyimbah minuman ke arah muka lelaki terbabit serta menumbuknya beberapa kali.

Manakala rakaman Annello serang balas tersebut kian menjadi tular dan dia telah mempertahankan tindakan pakaian dia yang mengundang kontroversi serta serangan balas terhadap lelaki tersebut.

Jelasnya, "saya teguh dengan pendirian saya dan berharap saya telah memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana untuk berasa selesa dengan tubuh mereka, tidak kira bagaimana jua mereka dilihat dan berani untuk mempertahankan apabila seseorang bercakap atau cuba untuk menafikan hak anda untuk melindungi tubuh diri sendiri."

"Dia meramas payudara saya dan saya bertindak memukulnya. Perkara ini bukan hanya terjadi di New Zealend, tetapi boleh berlaku di mana-mana."

Wanita yang berasal dari Auckland itu berkata bahawa dia dan kakak teman lelakinya, Katie Ashworth telah mewarnakan bahagian dadanya di sebuah gerai dan mereka berasa jelek dengan pemikiran sesetengah lelaki yang menganggap penampilan mereka yang dianggap merelakan diri mereka dicabul.

Katanya lagi, malah semasa memakai kemeja t-shirt pada hari sebelumnya, dia telah disalahgunakan oleh dua orang peserta lelaki dan juga di festival wanita.

Walaupun kejadian yang menimpa Anello, itu tidak menghalang dia untuk tidak menutup payudaranya dan terus menikmati acara Malam Tahun Baru sehingga jam 6 pagi.

Netizen menganggap bahawa dia seperti megingingkan perkara itu terjadi yang juga mempromosikan budaya rogol di mana orang melihatnya dan mendengar menganggapnya melanggar kehormatan manusia dan hak untuk berasa selamat dengan tubuh badan mereka sendiri.

Anello juga berkata bahawa pada sebelum ini juga dia telah diraba walaupun tanpa memakai pakaian kulit,

"Walaubagaimanapun, beberapa bulan lalu saya telah diraba dengan cara yang sama semasa saya berpakaian jadi perkara ini bukan menjadi persoalan sama ada saya berpakaian atau tidak."

Sementara itu, teman lelakinya mempertahankan menyokong tindakannya dengan menampar penyerangnya, katanya dengan berasa terhadap pasangannya.

Katanya, "apa yang terjadi dengan melayan orang dengan cinta dan rasa hormat? saya sangat kecewa yang orang disini begitu bodoh."

Jelasnya lagi, "saya sangat bangga dengan dia apabila dia mempertahankan hak diri dia dan dia adalah inspirasi kepada ramai orang, teruskan melakukan apa yang anda lakukan."

"Untuk makluman, dia tidak membiarkan malam kami rosak dan kami telah menari sehingga matahari terbit dan mempunyai malam terbaik yang pernah ada walaupun selepas kejadian yang berlaku."

Dan rakaman yang telah dipadamkan sekarang telah dikongsikan di dalam talian dan telah memperoleh beribu-ribu pandangan dan pendapat yang berlainan terhadap pakaian Anello itu.

Komen seorang lelaki, "itulah yang dia dapatkan apabila dia memakai pakaian seperti itu."

Tulis seorang lelaki lagi, "baiklah, apabila anda berjalan tanpa sebarang pakaian, anda akan belajar untuk menyesuaikan diri,"

Kebanyakan majoriti yang menyokong wanita terbabit adalah dari komen wanita.

Kata seorang wanita, "baiklah, tiada siapa yang berhak untuk menyentuh anda tanpa persetujuan! berpakaian atau tidak! dan belajarlah beberapa adab."

Yang menakjubkan apabila pesta Rhythm dan Vines pada tahun baru ini menyaksikan kira-kira seramai 20,000 orang yang turun di Waiohika Estate untuk acara tiga hari itu.

Perdana Menteri Nes Zealend, Jacinda Ardern juga kelihatan hadir di festival perkhemahan yang dijual. Sumber: Daily Mail. Editor: Atila Atasha