Video Aksi 'Gila-gila' Hairul Azreen Dikecam Netizen


Hairul Azreen yang dikenali sebagai pemenang Fear Factor Malaysia musim pertama pernah menjadi tular di media sosial kerana diminta hadir ke balai polis untuk memberi kenyataan berhubung isu videonya menggunakan senapang patah.

Isu tersebut baru sahaja reda baru-baru ini, timbul pula sesuatu yang kurang menyenangkan netizen apabila tular sebuah video yang menunjukkan beberapa aksi berani Hairul di tempat awam.

Segelintir pihak menganggap tindakan Hairul itu bukan sahaja mengganggu keselamatan orang awam, malah turut membahayakan dirinya sendiri

Menurut sesetengah netizen, mereka berpendapat sebagai seorang selebriti seharusnya tidak melakukan perkara sedemikian kerana bimbang aksi bahaya tersebut akan ditiru mana-mana pihak terutama sekali peminat Hairul.

Selain itu, ramai juga yang mempersoalkan mengapa dan apakah motif Hairul melakukan tindakan seperti itu di bangunan PWTC.

Video tersebut mengundang kecaman netizen terhadap Hairul kerana mereka tidak bersetuju dengan aksi-aksi berani yang ditunjukkan oleh Hairul itu dan menggelarkan sikap Hairul ini tidak ubah seperti ‘rempit’ kerana suka melakukan aksi berani yang dianggap sebagai vandalisme itu.

Orang ramai berharap Hairul akan lebih peka dengan keadaan sekeliling sekiranya ingin melakukan aksi berani di tempat awam kerana bimbang akan keselamatan Hairul serta tidak mahu aksi bahaya tersebut menjadi ikutan ramai. Sumber:OhBulan , Editor:Farhana



                                               Kredit:Media