Video Aksi 'Panas' Murid Sekolah


INDONESIA: Baru-baru ini telah tular dua rakaman video yang menunjukkan adegan ranjang di antara seorang wanita dewasa dengan murid sekolah rendah sehingga menyebabkan siasatan polis dijalankan secara meluas untuk menyiasat perkara ini.

Berdasarkan laporan daripada media, salah satu rakaman tersebut menunjukkan seorang wanita melakukan hubungan seks dengan seorang budak lelaki yang dipercayai berada di bawah umur.

Sementara itu, satu lagi rakaman turut menunjukkan aksi panas di antara wanita terbabit yang mana turut melibatkan budak lelaki yang sama serta turut kelihatan seorang lagi budak lelaki didalam rakaman tersebut.

Dalam rakaman video tersebut, difahamkan turut kedengaran mereka sedang bercakap dalam bahasa Sunda, iaitu bahasa ibunda bagi majoriti masyarakat di Jawa Barat lalu mendorong polis di sana untuk melakukan siasatan lanjut mengenai kes yang berlaku ini.

Hasil siasatan awal yang dijalankan, video tersebut telah dipercayai dirakam beberapa bulan yang lalu di sekitar kota Bandung.

Ketua Polis Jeneral Jawa Barat turut menambah dan meramalkan bahawa rakaman itu telah dirakam pada sekitar bulan November yang lepas dan sudah pastinya tidak dirakam pada bulan Disember.

Walaubagaimanpun, identiti individu dalam video berkenaan masih belum dikenal pasti, tetapi pihak polis telah menemui dua hotel di mana video tersebut dirakamkan dan turut menjalankan siasatan awal dengan menyoal siasat kakitangan hotel berkenaan.

Tambah Ketua Polis itu lagi, kebiasaanya orang ramai yang hendak mendaftar masuk ke dalam hotel akan meninggalkan kad pengenalan mereka dan pihak polis akan segera memeriksanya.

Walaupun masih belum ada sebarang penangkapan dijalankan, wanita terbabit mahupun orang dewasa lain yang mungkin terlibat dalam pengeluaran video ini akan segera didakwa dengan penderaan seksual kanak-kanak di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak Indonesia yang boleh membawa hukuman penjara selama 15 tahun. 

Individu terbabit juga akan turut didakwa kerana melanggar undang-undang anti-pornografi yang ketat di Indonesia.


Setakat ini, pihak polis masih lagi belum mengenal pasti siapa yang memuat naik video berkenaan di laman-laman sosial. Sumber: Mstar, Editor: Amira