Video Bapa Sewa Wanita Untuk Tampil Di Sambutan Ulang Tahun Ke 12 Anaknya


AMERIKA SYARIKAT: Ini adalah detik-detik rakaman yang mana menunjukkan seorang bapa yang bergelar ‘jutawan’ telah menyewa beberapa orang wanita untuk tampil di majlis hari jadi anak lelakinya yang berusia 12 tahun.

Rakaman video yang dirakam sempena pesta ulang tahun tersebut dipercayai berlaku di Amerika Syarikat yang mana memperlihatkan dua orang wanita cantik mula menggoda anak jutawan terbabit dengan menari penuh ghairah.

Dalam satu segmen pendek, kanak-kanak itu kelihatan tidak selesa ketika dua penari menari untuknya dan turut menggosok payudara mereka terhadap mukanya.

Menurut laporan daripada LaVanguardia.com, ayah kepada kanak-kanak terbabit merupakan salah seorang jutawan yang terkenal namun setakat ini identitinya masih tidak dapat diketahui.

Dalam video terbabit juga turut kelihatan kelibat lelaki terbabit yang sedang duduk manakala dua gadis itu sedang asyik menari di hadapannya.

Namun, rakaman tersebut kurang jelas kerana kawasan terbabit berada dalam keadaan gelap dan dalam pada masa yang sama, para jemputan yang melihat aksi terbabit mula bersorak apabila wanita yang berpakaian menjolok mata itu mula menunjukkan aksi yang tidak senonoh.

Turut kelihatan juga salah seorang daripada wanita terbabit turut duduk di atas riba manakala seorang lagi wanita mendampinginya.

Dalam video yang sama juga, turut kelihatan seorang lagi lelaki yang tidak berpakaian sedang asyik menari dengan salah seorang wanita yang disewa itu.

Dalam pada masa yang sama, ayah kepada lelaki terbabit kelihatan tersenyum lebar kerana gembira dengan tindakan yang dilakukan wanita terbabit dan dalam pada masa yang sama turut memberi kata-kata semangat kepada anaknya untuk turut sama beraksi.

Rakaman ini bagaimanapun telah tersebar secara meluas di laman sosial YouTube di mana rata-rata pengguna laman sosial terbabit mula mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh bapa lelaki itu.

Mereka juga turut mempersoalkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh bapa terbabit adalah bertentangan dengan pendidikan kekeluargaan di mana seorang bapa haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya yang masih kecil.

Selain itu, netizen juga berpendapat bahawa hadiah hari jadi terbabit sangatlah tidak beretika dan kurang sesuai di mana ia boleh menyebabkan bapa tersebut didakwa atas tindakan penderaan seksual ke atas kanak-kanak yang masih lagi di bawah umur.

Setakat ini, masih belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan mengenai isu yang viral ini. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira