Video Biadap Pelajar Hisap Rokok Dalam Kelas


SINGAPURA: Baru-baru ini heboh di media sosial apabila sebuah video telah di muat naik di mana menunjukkan beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan dikatakan sedang menghisap rokok semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.

Bagaimanapun, lokasi sekolah terbabit dikatakan terjadi di sebuah sekolah di Singapura.

Tindakan sebegini dianggap sangatlah biadab di mana pelajar terbabit langsung tidak menghormati guru yang berada di bahagian hadapan malah mereka juga turut membuat bising semasa guru terbabit sedang mengajar.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk anak-anak menimba ilmu namun dengan berkelakuan sebegini, matlamat guru untuk membentuk peribadi pelajar dianggap sebagai gagal.

Namun, menerusi rakaman terbabit, guru tersebut dilihat tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pelajar terbabit.

Video tersebut yang di muat naik di laman sosial Twitter telah mengundang banyak kecaman daripada pengguna laman terbabit dan menganggap bahawa tindakan pelajar terbabit adalah keterlaluan dan biadab kerana mereka langsung tidak menghormati guru mereka sendiri.

Rakaman video ini telah mendapat retweet lebih 17,000 kali dan rata-rata pengguna mahukan tindakan segera diambil.

Diharap pihak berkuasa dan sekolah dapat menjalankan siasatan terhadap isu ini supaya perkara seperti ini tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang. Sumber: Oh Bulan, Editor: Amira