Video - Buaya "Hantar" Mayat Ke Pantai




INDONESIA- Pelik tapi benar seekor buaya telah 'menghantar' mayat seorang lelaki yang dikatakan telah hilang sejak hujung minggu lalu,di Pantai Nino, Nusa Tenggara Timur, semalam yang telah menggemparkan seluruh penduduk Indonesia setelah rakaman video buaya itu tular ke media sosial.

Pada kira-kira pukul 7 pagi semalam orang ramai yang berada di kawasan pantai terlihat seekor buaya menggonggong mayat menghampiri permukaan pantai tersebut,lalu orang ramai menghubungi Balai Polis Mena.

Rishian Krisna Budiaswanto, Ketua Polis Nusa Tenggara Timur, berkata, anggota nya Agustinus Mema terus menuju ke tempat kejadian dan melihat mayat itu dibawa oleh seekor buaya menuju ke permukaan pantai.

Beliau berkata, mayat itu dilepaskan di permukaan pantai berkenaan pada 10.20 pagi dan kembali ke dalam laut.

Mangsa yang dikenali sebagai Abia Sala Dopong, 26, dilaporkan telah hilang sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan yang diterima, mayat mangsa masih di dalam keadaan yang baik namun ada sedikit kesan luka pada tubuh nya dipercayai akibat gigitan buaya tersebut.Mayat nya dibawa pulang ke rumah keluarganya di Perkampungan Humusu, Kecamatan Insana Utara.

Portal berita Pos Kupang sebelum ini pernah melaporkan bahawa mangsa telah di sambar oleh buaya di Pantai Wini, Desa Humusu, Kecamatan Insana Utara, pada 21 Januari lalu. Editor: Ila