Video Dan 6 Gambar Lelaki Tinggal Di Istana Pasir Selama 22 Tahun.


BRAZIL – Seorang lelaki yang bernama Marcio Mizael tinggal di sebuah istana pasir selama 22 tahun yang terletak di sebuah pantai yang terkenal di Brazil.

Dia memilih untuk tinggal di istana pasir itu kerana mahu mengelak dari membayar sewa yang mahal di daerah Rio de Janeiro.

Penduduk tempatan juga memanggilnya Raja Marcio.

Lelaki yang berusia 44 tahun itu mempunyai hobi seperti membaca, bermain golf dan memancing.

Mirror Marcio juga gembira mengambil gambar dengan aksi seperti seorang raja yang duduk di atas takhtanya di hadapan istana, dengan tongkat kerajaan dan memakai mahkota.

Menurut Lavoixdunord.fr, Marcio sentiasa bersungguh-sungguh menjaga istana pasirnya dengan mencurahkan air ke rumahnya untuk mengelakkannya daripada runtuh.

“Saya dibesarkan di Guanabara Bay, saya selalu tinggal di pantai. Orang ramai membayar sewa yang tinggi untuk menghadap ke laut, saya tidak mempunyai bil dan di sini saya mempunyai kehidupan yang baik,” katanya Marcio

Terlihat luar biasa, ternyata rumah itu hanya tiga meter persegi dan dipenuhi dengan buku.

Marcio kini tinggal bersendirian, dia tidak mempunyai isteri atau anak.

Dia turut berkata kadang kala pada waktu malam, tidak boleh tidur di istananya kerana udara panas dan akan bermalam di rumah seorang kawan, tetapi dia lebih suka duduk di situ walaupun perlu berbaring di pinggir laut.  Editor:Farhana