Video Dan 8 Gambar Wanita Beri Tips Dari Wajah Biasa Menjadi Cantik,,, Hasilnya Sangat Mantap


Majortiti golongan wanita amat gemar memakai alat solek. Barangan 'makeup' amatlah sinonim dengan wanita seperti kawan baik, kemana sahaja pasti akan dibawa.

Bagi sesetengah individu dengan memakai 'make up' dapat meningkatkan lagi keyakinan diri apabila kita berhadapan dengan seseorang. Ianya juga membantu kita kelihatan lebih bermaya dan cantik di khalayak ramai.

Seorang beauty blogger yang berasal dari Korea ini tidak hanya bercakap tentang make up bahkan memberikan tutorial tentang make up, dia mempunyai lama Youtube dan telah mempunyai pengikut seramai 800.000 lebih orang.

Pada salah satu videonya beliau telah memuat naik satu video yang memaparkan persiapan nya dari bangun tidur sehingga lah dia bersiap-siap untuk menghadiri sebuah acara majlis.

Daddoa memulakan video nya sebelum make up dengan penjagaan skin care dahulu. Kemudian dia menggunakan masker untuk melembapkan wajah. Tujuan nya adalah supaya make up yang akan dihasilkan lebih tahan lama dan kulit tidak mudah rosak.

Sambil menggunakan masker pelembap wajah dia juga mengeringkan rambut nya. Tidak lupa juga memakai kanta sentuh agar mata lebih besar dan cantik. Setelah selesai menggunakan masaker baru lah masuk ke tahap concealer dan bedak.

Kemudiannya menggunakan pembayang mata. Pembayang mata atau 'eye shadow' amat penting, jadi semasa melakukan nya kita harus lah berhati-hati. Warna gelap harus diletakkan di sudut luar mata agar mata kelihatan lebih besar.

Seterusnya masuk ke tahap eyeliner. Eyeliner membuat garis mata supaya lebih tajam. Kemudian diikuti dengan memakai bulu mata palsi dan mascara.

Jangan lupa merapikan bulu kening anda. Kemudiannya bahagian hidup supaya hidung lebih tajam. Langkah yang terakhir sekali menggunakan blush on dan lipstic di bibir. Siap ! sekarang semuanya sudah selesai boleh la kita memilih pakaian yang bersesuaian dengan make up kita

Pada zaman yang moden ini kita dapat mengikuti kelas make up hanya melalui media sosial. Kelas yang diberikan Daddoa sangat mendatangkan manafaat kepada kita semua. Dia juga selalu menulis make up apa yang digunakan nya berserta harganya

Di bawah ini adalah salah satu video yang di muat naik di laman YouTube nya