Video Dan Gambar Detik Kemalangan Ngeri Di Lampu Isyarat Temenggong Muar

Video Kemalangany yang melibatkan motosikal dan lori di lampu isyarat Temenggong Muar mendedahkan punca kemalangan berkenan, video terbabit telah tersebar luas di laman media sosial.

Tanpa mempelahankan motosikal, mangsa telah melanggar lampu isyarat lalu merempuh sebuah lori. Menerusi  video 11 saat yang tersebar dipercayai kemalangan berpunca dari penunggang motosikal yang mengejar lampu isyarat di kawasan itu sebelum melanggar lori yang datang dari arah kiri.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut membantu mangsa, lalu menghubungi pihak hospital.

Sehingga kini keadaan kedua mangsa yang merupakan wanita masih belum diketahui sepenuhnya.
 Orang ramai dinasihati supaya berhati- hati ketika berada di atas jalan raya atau di mana jua berada, "Ingatlah orang yang tersayang". Sumber: Eberita - Editor: Amylea Nazrul