Video Dan Gambar Lelaki Gila Seks Pakai Tuala


JOHOR BHARU: Seorang lelaki dipercayai telah melakukan tindakan yang agak memalukan dengan menjadi lelaki gilakan seks.

Perbuatan tidak bermoral ini dikatakan berlaku di sekitar Johor Bharu dan tempat utama di mana suspek melakukan perbuatan ini adalah di sekitar Taman Daya.

Suspek dikatakan berkeliaran di sekitar kawasan terbabit dengan hanya memakai tuala.

Menurut maklumat daripada orang ramai, suspek dikatakan akan memburu wanita-wanita mahupun kanak-kanak kecil yang berkeliaran di kawasan sekitar untuk dijadikan mangsa.

Difahamkan, suspek menaiki kereta model Perodua Bezza dengan nombor pendaftaran JRY 1846.

Namun, kereta terbabit didapati didaftarkan dengan menggunakan kereta orang lain

Orang ramai yang melihat kenderaan terbabit diminta berhati-hati terutamanya apabila berseorangan.

Suspek sekarang telah menjadi buruan polis dan pihak polis meminta supaya sesiapa sahaja yang melihat perbuatan mencurigakan diminta laporkan segera kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil. Editor: Amira