Selasa, 30 Januari 2018

Video - Enggan Bertanggungjawab, Lelaki Nekad Tolak Kekasih Hamil Dari Jambatan


INDONESIA: Didapati seorang pelajar perempuan dari kolej salah sebuah universiti negeri di Solo, Jawa Tengah. Telah menjadi mangsa untuk percubaan membunuh oleh teman lelakinya, namun dapat di selamatkan.

Sp (bukan nama sebenar), 20, dalam keadaan sarat mengandung 7 bulan, dia telah ditolak oleh teman lelakinya dari Jambatan Kretek ke Sungai Opak di Bantul, Yogyakarta.

Seperti yang disiarkan Liputan6 SCTV, Selasa (30/1/2018), penduduk yang mendengar jeritan untuk mendapatkan bantuan dari bawah jambatan segera menyelamat kan SP dan kandungannya.

SP mengaku, pada mulanya dia diajak ke Pantai Parangtritis oleh teman lelakinya, sehingga lah pembunuhan terjadi. Motif masih dalam siasatan kerana pihak polis masih merasa curiga dengan penceritaan di antara kedua-dua belah pihak.

"Mereka selama ini bercinta. Apakah kehamilannya kerana perbuatan oleh teman lelakinya itu, saya belum tahu. Hanya hasil dari pihak hospital sahaja yang boleh menyatakan," kata Kapolsek Kretek Kompol Leo Fasak.

Isnin petang semalam, mangsa masih dirawat di Pusat Kesihatan Klinikal. Sementara itu, polis telah menangkap penjenayah yang dikatakan mangsa teman lelaki dan rakannya yang didakwa terlibat dalam tindakan tersebut. Sumber: Sctv - Editor: Amylea Nazrul