Video Gadis Menyanyi Sambil Riba Lelaki Dikecam Netizen.


Baru-baru ini telah viral di laman sosial Twitter apabila seorang gadis dilihat sedang menyanyi untuk teman lelakinya yang dilihat sedang tidur di atas riba gadis tersebut.

Bagaimana pun, video tersebut telah menjadi viral dan rata-rata netizen telah mengecam tindakan yang dilakukan oleh gadis tersebut.

Ada juga dalam kalangan netizen menyatakan bahawa perbuatan gadis itu banyak ditiru daripada cerita-cerita cinta yang dipaparkan di televisyen dan juga media yang lain seperti Facebook dan sebagainya.

Gadis tersebut yang tidak diketahui identitinya juga turut dilabelkan sebagai ‘budak Wechat’ kerana perbuatannya yang telah mendendangkan lagu kepada teman lelakinya itu sambil dirakam oleh kawan-kawannya.

Perbuatan tersebut juga turut dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral dan memalukan.

Di dalam rakaman tersebut, dapat dilihat teman lelaki gadis tersebut hanya tidur sambil mendengar nyanyian gadis tersebut .

Sebaik sahaja rakaman ini tersebar, netizen melemparkan berbagai komen kepada rakaman tersebut dan turut menyifatkan bahawa perbuatan itu tidak matang dan sebagainya.

Gadis tersebut juga turut dilemparkan dengan pelbagai kutukan kerana telah melakukan perkara sedemikian walaupun bertudung dan perbuatannya itu turut mencemarkan imej islam .

Bagaimana pun, video tersebut telah disebarkan oleh seorang lelaki yang popular di laman sosial Twitter iaitu ‘Anep’ yang mana dia menggunakan nama samaran ‘BRGSJKS’ di laman Twitter.

Video tersebut telah menjadi viral dan mendapat ribuan retweet daripada pengguna media sosial dan juga turut mendapat ratusan komen berbentuk kecaman yang dilemparkan kepada gadis tersebut. Editor: Amira