Video - Harimau Menyandar Di Perut Wanita Mengandung


Haiwan boleh membuktikan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk memahami sesuatu keadaan yang lebih baik berbanding dengan manusia dan ia sama seperti kisah seekor harimau yang ingin disampaikan dalam artikel ini.

En.goodtimes.my melaporkan seorang wanita yang sedang mengandung, mendapat perhatian yang tidak disangkakan dari seekor harimau ketika melawat haiwan di zoo.

Wanita bernama Natasha Handshoe itu melawat Zoo Potawatomi di South Bend bersama sepupunya, Brittany Osborne.

Brittany sempat merakamkan reaksi seekor harimau yang sangat menyentuh hati dan tidak menjangka harimau itu akan berkelakuan seperti itu.

Harimau yang berada di sebalik pintu kaca cuba untuk menyandarkan kepalanya ke arah perut Natasha.

Kemudian Brittany menyuruh Natasha berdiri di hadapan kandang menghadapkan perutnya kea rah harimah tersebut.

Harimau itu menyandarkan pada cermin kaca seolah-olah sedang menyandar pada perut Natasha.


Brittany berasa kagum dengan adegan tersebut lalu memuat naiknya di facebook.

“Kami pergi ke wain di Wild Side dan harimau tahu bahawa sepupu saya Natasha Handshoe sedang hamil! Harimau cuba untuk menyandar pada perut Natasha! Ini adalah kenangan yang manis,” tulis Brittany. Sumber:Suara.tv , Editor:Farhana