Video Jiran Mengamuk Kerana Judi


SARAWAK – Satu kejadian pergaduhan telah berlaku di satu kawasan perumahan di Kuching, Sarawak.

Kejadian itu berlaku dikatakan akibat rasa tidak puas hati antara jiran angkara tempat meletak kenderaan dan judi.

Semua yang terlibat dalam kejadian itu adalah mereka yang tinggal berjiran termasuk saksi yang merakam video tersebut.

Menerusi rakaman video tersebut suspek dipercayai telah merosakkan harta benda milik mangsa iaitu kereta dan motosikal.

Saksi yang merakam video tersebut telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak mengambil tindakan dan hanya berkata “Saya kenal orang ini, saya tidak dapat terima laporan awak". Editor:Farhana