Video Jururawat Memukul Pesakit Dimensia


ENGLAND - Seorang wanita yang bernama Gina Owen mendakwa seorang jururawat yang ditugaskan untuk menjaga ibunya yang menderita sakit dimensia telah memukul ibunya dirumah.

Gina menyaksikan kejadian itu melalui kamera telefon bimbitnya yang disambungkan ke kamera rahsia di rumah ibunya di Kettering, Northamtonshire.

Beliau melihat jururawat yang bernama Stacey George itu telah memukul dan menarik selimut ibunya, Sabina Marsden,78, sebanyak lima kali.

George telah mengherdik Sabina dengan mengatakan “Oh tuhan, kamu berbau sangat busuk,”.

Warga emas yang berasal dari Itali dan menderita sakit dimensia itu hanya boleh menjawab ‘Mamma mia’ sambil menangis.


Gina yang berang dan kesal dengan tindakan jururawat itu segera pulang ke rumah.


Gina menceritakan bahawa dia pulang ke rumah dengan senyap kemudian menyuruh jururawat itu pergi.

“Baru sepuluh minit adikku keluar dari rumah ini, kau telah memukul ibuku sebanyak lima kali,” ujar Gina pada George yang masih menikmati yoghurtnya

George bertanyakan kepada Gina berapa lama dia diperhatikan, lalu Gina menjawab dia memerhatikan George memandang ibunya sambil memegang yoghurt selama 20 hingga 30 minit.

“Saya minta maaf, apa yang kamu akan buat?” jawab George tanpa merasa bersalah sedikit pun.
George mengaku melakukan perbuatan itu hanya untuk memberi amaran kepada Sabina.

“Saya tidak suka kamu memberi amaran kepada ibuku kerana dia hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Ibu saya tidak boleh bercakap, dia orang Itali, dia hanya mampu berkata ‘Mamma mia’ apabila dipukul.

Gina berkata ibunya itu tidak mampu membalas pukulan jururawat tersebut.
Geroge terus memakan sisa yoghurtnya hingga habis kemudian mengambil beg tangan dan meninggalkan rumah itu.

Keluarga Sabina menyebarkan rakaman tersebut supaya suspek mengakui perbuatannya.

George yang bekerja di bawah syarikat Mega Care, telah berhenti dan meninggalkan syarikat tersebut.

Ketua Mega Care berkata “Kami terkejut dan muak dengan tindakan bekas ahli kakitangan ini,”.
Namun setelah siasatan dilakukan, pihak polis Northamptonshire telah melepaskan jururawat tersebut dan hanya memberi peringatan.

Keluarga mereka berasa sangat kecewa dengan keputusan tersebut.

“Malangnya, kes yang melibatkan ibu bapa dan orang-orang yang terdedah kepada mangsa penganiayaan semakin meningkat dan tidak pernah di ambil berat. Sepatutnya mereka di jaga dan di awasi oleh ahli keluarga.” terang Lauren Kennedy, peguam keluarga Sabina

Keluarga ini amat kecewa dengan Mega Care dan juga sistem keadilan negara yang membenarkan penjenayah bebas. Sumber:Suara.tv , Editor:Farhana