Video Lelaki Histeria Ditangkap Kumpulan Mak Nyah.


JAKARTA – Sekumpulan wanita transgender atau ‘maknyah’ menunjukkan mereka bukanlah golongan yang lemah apabila berjaya merakam video seorang lelaki yang didakwa mencuri menjadi viral di media sosial.

Dalam video tersebut, sekumpulan maknyah mengelilingi seorang lelaki yang tidak berbaju sedang meraung dan memohon belas kasihan daripada mereka.

Kedengaran seorang daripada mereka berkata “berani kau menangis! Kau harus bertanggungjawab.Jangan main-main dengan kami.”

Terdapat adegan lucu apabila salah seorang daripada rakan maknyah bertanyakan nombor telefon polis lalu rakannya menjawab nombor tersebut boleh didapati di Google.

Menerusi video tersebut, terlihat sebuah kereta polis tiba di lokasi dan salah seorang maknyah sempat merakam video ‘selfie’ menunjukkan mereka sedang menuju ke balai polis di Putri Kembangan, Jakarta Barat.

Polis yang memandu kelihatan terhibur dengan gelagat mereka.

Tribun melaporkan mereka sedang melepak di tempat biasa mereka menunggu pelanggan seks, kemudian suspek datang dan bertanyakan kepada salah seorang daripada mereka tentang harga perkhidmatan yang ditawarkan lalu keadaan menjadi kecoh apabila suspek merampas telefon bimbit maknyah tersebut dan cuba melarikan diri.

"Dia tanya bayaran perkhidmatan, seribu rupiah ia kemudian terus berlari dan kami menangkapnya," kata seorang maknyah

Kemudian mereka membuka pakaian lelaki tersebut hingga separuh bogel dan berbincang sesama mereka sama ada mahu membelasah atau tidak.

Kumpulan itu memutuskan untuk memilih tindakan yang betul dengan menyerahkan suspek kepada polis. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana