Video Pasangan Curi Kereta Berjaya Dirakam Di CCTV Stesen Minyak.


JERTEH: Satu kes curi membabitkan sebuah kereta dilaporkan berlaku semalam di sebuah pam minyak dan kejadian itu dikatakan sempat dirakam melalui rakaman cctv di premis berkenaan. 

Suspek, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing memakai baju berwarna kelabu dan hitam dilihat memasuki premis berkenaan dengan menaiki kereta model Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran WWA 6150 dan dilihat sedang mengisi minyak.

Kereta yang dicuri tersebut difahamkan mempunyai sedikit kesan calar di bawah pintu kanan pemandu dan juga di bahagian bumper belakang kenderaan tersebut.

Susulan daripada tersebarnya video berkenaan, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil dan bolehlah menghubungi talian 014-5172403.Sumber:MyNewshub Editor: Amira