Jumaat, 12 Januari 2018

Video Pengantin Lelaki Pengsan Apabila Bekas Kekasih Menyanyi Di Majlis Persandingannya


Baru-baru ini video pengantin lelaki pengsan semasa majlis perkahwinan berlangsung menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Maklumat mengatakan bahawa pengantin lelaki yang dikenali sebagai Nokis Febrianto telah memeluk erat bekas kekasihnya yang sedang menyanyikan lagu jiwang bertajuk" Balo Lipa" di majlis tersebut sebelum dia tidak sedar kan diri.

Video itu dipercayai berlaku di negara jiran kerana mereka memakai pakaian pengantin khas bugis.

Pemilik video itu Marwan Al Qawi  telah memuat naik dan merakam kejadian tersebut sebaik sahaja melihat aksi pengantin lelaki tersebut.

"Tragedi ketika kekasih datang semasa upacara pernikahan kekasihnya dan menyumbang kan lagu Balo Lipa," tulisnya.

Muhammad Erfin yang merupakan juru cakap di dalam majlis itu berkata, wanita itu menyanyikan lagu berkenan bersama Nokis, dia merupakan bekas kekasih pengantin lelaki itu.

"Mereka telah menjalinkan hubungan percintaan sudah cukup lama,namun hubungan itu tidak direstui oleh orang tua pengantin lelaki,"kata Erfin. Editor: Ila
Lirik laguBalo Lipa :
betapa tega dirimu
kau hancurkan hatiku
kau duduk bersanding
di depan mataku
seandainya dari dulu aku tahu
cintamu hanya seperti motif sarung sepuhan
sedari awal kita tak usah saling mengenang
tak usah saling mengenang
betapa indah tuturmu
di saat kita bersitatap
sampai hati dirimu
kau hancurkan hatiku
Betapa indah tuturmu
di saat kita bertatapan
Sampai hati dirimu
au hancurkan hatiku
ditinggal sendiri
menderita jiwa raga